Header Blog & Channel
        

Masalah Akaun Paypal Access Limit


Salam Blogger.... mesti korang sudah tahu kan, apa itu paypal.. Hari ini semakin ramai yang menggunakan Paypal sebagai medium memproses pengiriman dan penerimaan bayaran secara elektronik. Boleh dikatakan kebanyakan laman web di Malaysia atau di dunia banyak menerima kaedah pembayaran melalui Paypal.. ia lebih senang berbanding cheque ... tetapi..... kaedah ini, banyak syarat-syaratnya... kene isi borang, letak no.akaun bank, dan macam-macam lagi,
Jika korang ingin menjalankan perniagaan di internet, Paypal adalah salah satu tools pembayaran yang perlu korang miliki, supaya senang berurusan.

Di eBay, nama Paypal cukup sinonim dikalangan penjual dan pembeli. Ia umpama seperti isi dengan kuku. Untuk memudahkan transaksi dibuat antara pembeli dengan penjual dari negara yang berbeza, eBay amat mengesyorkan Paypal digunapakai di dalam setiap transaksi bisnes ini.

Apabila saya kaitkan Paypal dengan eBay, ini bermaksud setiap penjual harus tahu mengurus dan menggunakan akaun Paypal. Ia boleh dikatakan sebagai alat perbankan utama si penjual. 
Namun, ada beberapa perkara yang tidak disukai pengguna Paypal iaitu apabila akaun mereka di freeze atau access limit. Ini terjadi disebabkan pengguna Paypal tidak berhati-hati dan mengguna akaun Paypal dengan cara yang salah atau tujuan yang tidak dibenarkan Paypal. 
Apabila akaun korang dibekukan, korang tidak akan dapat membuat sebarang pengeluaran dan pemindahan wang. Ini agak menyukarkan korang jika korang ingin menggunakan wang tersebut untuk membayar pembekal produk. 

Jadi, apabila korang berhadapan dengan masalah ini, korang harus lihat terdapat arahan bagaimana untuk melepasi masalah access limit ini. Paypal biasanya akan hantar notis ke emel atau maklumkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pengesahan akaun. 

Tugas korang ialah menyediakan semua dokumen yang diminta dan hantar kepada Paypal menggunakan kaedah muatnaik atau pun fax ke nombor yang tertera di dalam emel korang. 

Bagi mereka yang baru memiliki akaun Paypal dan masih lagi tidak faham fungsi keseluruhan akaun Paypal ini, korang boleh dapatkan video Panduan Paypal disini


Semoga Berjaya..
jumpa lagi. :)

No comments: