Header Blog & Channel
        

Asalnya Dam Haji

assalamualaikum.. sebut je dam haji, mesti semua orang tahukan,? tapi korang tahu ke,? dari mana nama ia diambil? mesti tak tahu kan? hmm, jom baca seterusnya:-

Permainan dam haji amat popular jika kita lepak di warung kopi, kedai-kedai di kampung-kampung. Permainan ini asalnya bermula apabila seorang lelaki yang begitu kerap bermain dam haji tapi tak pernah menang. Sehingga mereka mengelarkan lelaki ini Man Kalah, nama glammer la katakan :)

Asyik kerap kalah dalam pertandingan dam haji di warung akhirnya Man Kalah ini telah berjaya kumpul sejumlah wang untuk naik haji di Mekah. "Alhamdulillah berjaya juga Man kalah naik haji"


Setelah pulang dari haji, Man Kalah belum pernah tewas dalam pertandingan tersebut lalu diberikan gelaran Man Naik Haji. Bermula dari situ lah permainan dam haji popular dan meniti di bibir semua orang.

No comments: