Header Blog & Channel
        

Perkara2 Yang kOrang Pernah Lakukan Time Kecik2

salam kOrang... Bende2 kat bawah nie, mesti korang pernah buat kn?
cuba ingat2 balik.... mesti lawak.. :)

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'v'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita.hari ni bagi list,esok mintak duit… Balik rumah paw mak nak beli buku tue walau cerita kat buku tu kita dah tau… Salesman susu pon macam tu jugak…

10. kat library pulak,budak-budak memang baca buku but just tengok gambar aje, bila ada program Nilam, semua sibuk-sibuk nak pinjam buku… Yang advance sikit pinjam bukum Nilam membe sebab nak tiru…

11. RMT kat sekolah makan tak best… Tapi yang berduit pon join RMT…

12. Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, dah tu kat tengah-tengah tu ada sharpener…

13. Main lawan pemadam ,sayang nak pakai untuk padam… Padahal kegunaan sebenar memang untuk padam pon…

14. Pakai pembaris yang bergerigi, dah tu kat dalam pembaris tu ada air, dalam air tu pulak ada benda berkilat-kilat…

15. Cikgu pakai pembaris panjang kaler kuning… Kat tengah-tengah tu ada pemegang tapi kan kan tak pernah nampak cikgu pegang kat situ…

16. Ayam-ayam sekalian menjadi ramping pasal bulu pelepah gebu nan cantik dah jadi rotan berbulu…

17. Time pendidikan seni, semua tunjuk skill… Melukis boleh tahan tapi bila bab kaler-kaler, hampehhh!!! Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj dan macam macam lagi kesenian dipelajari.

18. Main game 2D-super mario, super contra, street fighter… semua pakai tape kot… Pebarang pakai CD cepat rosak…

19. Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca…

20. Takut kena injek terutama BCG, macam-macam cerita seram dengar pasal injek BCG nie… Padahal tak ade ape-ape pon…

21. Balik sekolah beli JoJo atau pon Dendang… Tora pon best jugak… Tengok iklan dalam tv, terus pasang angan-angan nak beli semata-mata nak mainan kat dalam tu aje, coklat tak makan pon…

22. Kasut berlampu kat tapak tak main kasut yang ade roda-rado nie bahaye…

23. Siri kartun-power rangers, ultraman, ninja turtles, transformer, thundercat, maskman, gaban dan macam-macam lagi...

No comments: