Header Blog & Channel
        

Asal usul Melayu

korang orang melayu kn?? mesti nak tahu, dari mana aslnya orang melayu ann?
kt bawah ni, ade sesikit dari mana kita datang , harap membaca :) 
enjoy with us! (like jika suka)
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. 
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, 
seperti mana berikut: Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeumempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. 
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara 
China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 
Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , 
daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 
Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. 
Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. 
Fakta Tentang Asal Usul Bangsa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. 
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. 
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi. 
Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. 
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. 
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. 
 Bahasa Melayu Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara 
sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Professor Datuk Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum 
bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, 
Nias, Lampung dan Orang Laut. Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: Bahasa Melayu Kuno, 
Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, 
Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. 
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.


Jenis-jenis dan Evolusi Bahasa Melayu Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. 
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. 
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, 
Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: Penuh dengan 
kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam 
Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan) bunyi e pepet tidak wujud 
(Contoh dengan – dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno 
(Contoh: diperbuat – niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h 
(Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) Peralihan 
Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh 
agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu 
mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat 
yang penting: a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi 
prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit 
daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) 
masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
 Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab 
telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti 
catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam 
bentuk tulisan. Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga 
zaman penting: 
Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau 
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. 
Ciri-ciri bahasa klasik: ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan 
bahasa istana 
kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) banyak 
menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. ayat songsang banyak menggunakan partikel “pun” dan `’lah” Bahasa Melayu Moden 
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa 
Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, 
berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat 
pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai 
pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan 
Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

No comments: